Kampung Likas,muhibbah terbakar


Ini cerita apa yang berlaku baru-baru ni pada keluarga kami,bukan setakat terjadi pada kami tapi kepada semua orang kampung/tempatan yang tinggal & menetap di sana.  akibat daripada perbuatan seseorang yang tidak bertanggungjawab  mewujudkan api yang tidak pernah dijemput selama beberapa tahun sebelum kejadian yang sama berulang, banyak yang tidak tahu apa sebenarnya punca insiden tersebut.  api memunculkan dirinya dengan begitu pantas sehingga merampas semua harta benda kami,dalam sekelip mata semuanya tinggal abu dan arang.

Banyak yang dapat selamatkan barang-barang mereka tapi barang yang selamat bukanlah barang yang kritikal ianya hanyalah barang mampu milik, kemudahan semuanya di ambil dengan sekelip mata api merebak bagaikan obak tsunami yang begitu besar sehingga tiada satupun yang selamat.
Yang paling menyedihkan adalah orang yang hanya ada satu-satunya rumah untuk berlindung,selepas kebakaran semua mangsa di kumpul disatu dewan. selepas dikumpul dan dibubarkan, adakah kamu tahu nasib mereka seterusnya? Dengan ekonomi mereka yang begitu kritikal susah untuk diperkatakan.

Bagi aku, selepas mendengar berita insiden itu aku seperti kehilangan seorang lagi ahli keluarga yang sangat bermakna sehinggakan seluruh tubuh ku bergegar dan lemah seperti kehilangan banyak tenaga.  Banyak perkara yang dirancang tahun ni menjadi sia-sia untuk kami sekeluarga, penat lelah kami dalam menambah ekonomi hidup hanya Allah saja yang tahu, tiada yang mampu kami lakukan selain berdoa dan terus berdoa.  segala angan-angan musnah begitu saja ditelan Api.

Kenangan pahit dan manis dirumah itu sudah lenyap :'(













AZSKEL ISNIRIN

I'M A QUIET AND UNSOCIAL PERSON, HOWEVER I'M VERY FRIENDLY ON SOCIAL MEDIA

Previous Post Next Post

Contact Form