Sunday, 2 July 2017 0 comments

Pemergian Ahli Keluarga sulung

Sungguh tidak terjangka hal ini berulang kembali pada keluarga kami.  Insan yang kami sayang telah kembali ke rahmatullah, kesedihan kami hanya Allah saja yang tahu, ini lah salah satu perkara yang paling saya takut berulang dan akhirnya telah berulang.  Kejadian ini berlaku di semenanjung sebab beliau tinggal disana bersama suami dan 2 orang anaknya,hal ini terjadi selepas beliau pulang beraya kemarin iaitu 01/07/2017 (sabtu) dari rumah sebangsa kami kegayan,dalam perjalanan balik mereka anak beranak terlibat dengan kemalangan jalan raya didapati beliau telah meninggal dunia, anak perempuan beliau berumur dalam jangkauan 4 tahun telah koma manakala anak beliau yang lelaki tidak diketahui statusnya.  Susah untuk kami sekeluarga terima berita ini apabila tiba-tiba telefon mama saya berdering dengan berita yang mengejutkan.  Itu untuk kami,bagaimana pula dengan suami beliau apabila kehilangan seorang isteri yang tersayang,anak-anak pula cederah parah.
Kami sekeluarga tidak dapat pergi ke pengkebumiannya kerana terlalu jauh jarak antara sabah dan semenanjung, kami di sabah hanya mampu mengalirkan air mata dengan menahan sebak di dada.  Beliau akan dikebumikan hari ini iaitu 02/07/2017(ahad).
Yang paling saya sedih,beliau sempat meminta gambar raya kami sekeluarga,sebab hanya kami tempatnya menumpang kasih walaupun dia ada adik beradik.

Semoga beliau ditempatkan kepada orang-orang beriman.
Marilah kita sama2 sedakan Al-fatihah...
Amin...

Thursday, 23 March 2017 0 comments

Kampung Likas,muhibbah terbakar


Ini cerita apa yang berlaku baru-baru ni pada keluarga kami,bukan setakat terjadi pada kami tapi kepada semua orang kampung/tempatan yang tinggal & menetap di sana.  akibat daripada perbuatan seseorang yang tidak bertanggungjawab  mewujudkan api yang tidak pernah dijemput selama beberapa tahun sebelum kejadian yang sama berulang, banyak yang tidak tahu apa sebenarnya punca insiden tersebut.  api memunculkan dirinya dengan begitu pantas sehingga merampas semua harta benda kami,dalam sekelip mata semuanya tinggal abu dan arang.

Banyak yang dapat selamatkan barang-barang mereka tapi barang yang selamat bukanlah barang yang kritikal ianya hanyalah barang mampu milik, kemudahan semuanya di ambil dengan sekelip mata api merebak bagaikan obak tsunami yang begitu besar sehingga tiada satupun yang selamat.
Yang paling menyedihkan adalah orang yang hanya ada satu-satunya rumah untuk berlindung,selepas kebakaran semua mangsa di kumpul disatu dewan. selepas dikumpul dan dibubarkan, adakah kamu tahu nasib mereka seterusnya? Dengan ekonomi mereka yang begitu kritikal susah untuk diperkatakan.

Bagi aku, selepas mendengar berita insiden itu aku seperti kehilangan seorang lagi ahli keluarga yang sangat bermakna sehinggakan seluruh tubuh ku bergegar dan lemah seperti kehilangan banyak tenaga.  Banyak perkara yang dirancang tahun ni menjadi sia-sia untuk kami sekeluarga, penat lelah kami dalam menambah ekonomi hidup hanya Allah saja yang tahu, tiada yang mampu kami lakukan selain berdoa dan terus berdoa.  segala angan-angan musnah begitu saja ditelan Api.

Kenangan pahit dan manis dirumah itu sudah lenyap :'(













Monday, 28 November 2016 0 comments

Jiranku dakwat hitam

Ini la suasana kampung saya yang dulunya bagaikan syurga🌌bagi saya tapi sekarang bagai neraka🌋di hidupku,memang tempat ni syurga walaupun lihat reality nya tidak seperti syurga kalian,namun yang membuat tempat ni neraka bukan la suasananya tapi masyarakat sekeliling ku, jiran-jiran yang tumbuh subur dengan duit💰 mereka, mesti kalian tidak faham apa yang sebenarnya yang ingin aku sampaikan.  kalau diberi dua pilihan aku rela tinggal jauh dari sini, bukan apa!disini kita tiada salah apa-apa di pandang serong nah apa lagi kalau sudah bersalah bertubi-tubi hinaan dilempar ke atas mu.  bak kata pepatah bagai setitik pewarna putih 💉di tuangkan ke dalam bekas yang mempunyai dakwat hitam maka mereka hanya peduli dengan warna apa yang mereka nampak besar🌀padahal warna putih bagai tidak wujud.  macam tu la jiran-jiran aku merangkap sepupu-sepapat aku.  justru itu la aku harap aku boleh buat masa depan aku cerah dan bawa family keluar dari tempat ni,  judi sudah tidak asing lagi bah kan ia bagaikan kerja harian yang boleh buat pendapatan dalam hidup mereka,halal dan haram sudah tidak bisa dibezakan oleh jiran ku,  bukan nak benci orang-orang sini tapi aku benci atitut dan hobi mereka yang sentiasa buat hati orang sakit😡
sekian luahan ku...
to be continue...

Tuesday, 27 September 2016 0 comments

Muzium Sabah


saat cuti sekolah menjelang aku dibawa sis ku melawat Muzium Sabah,
first tu dia sudah datang prgi tempat ni dengan kawan dia,tapi oleh kerana dia
nak sangat juga kami tengok tempat tu,kami pun ikutla.lantak la abang
saya tidak mahu hantar kami taetap juga nak jalan,dalam tu best la ada 2 tempat
yang patut kamu pergi kalau datang sana,first muzium dimana dalam muzium
tu ada macam-macam jenis pameran seperti barang-barang yang dijumpa
pada waktu penjajahan,tembikar,kramik,cawan,semua barang-barang dagangan
yang dibawa dari china,arab dan negara-negara lain ada dipamerkan dalam
muzium tu.dan bukan setakat itu,dalam tu juga ada banyak jenis haiwan yang ada di sabah ni
kalau muzium negara lain ada pameran tulang dinesor tapi muzium sabah ni hanya ada
pameran tulang ikan saya tidak ingat nama ikan tu yang penting besar sangat-sangat.

itu cerita dalam muzium,yang ni tempat yang kedua urmm...pameran rumah-rumah
etnik/suku kaum yang ada di sabah ,cantik la tempat tu,macam-macam design rumah etnik
dalam tu,dan ada teratai di sana cantikkk.....
dalam tu ada satu permainan iaitu permainan kaki kayu yang guna keseimbangan badan
fuhhh dulu saya main benda tu ok lagi dapat lagi jalan,sekarang naik pun payan terus jatuh
susah nak seimbangkan badan..
hahaha...ok sampai disini saja artikel saya,salam...
























Sunday, 13 December 2015 0 comments

Lawatan ke ILP kota kinabalu

Ini la sya,makin tembam semenjak kemalangan jalan raya tempoh hari kawan2 sya pun hairan hahah...

Bukan tu yang sy mu cerita,
Time lawatan tempoh hari banyak yang kami tertarik sebab masa tu ada majlis auto show ..best sangat2..
Hahaha k la bye malas saya cerita panjang2 bukan ada orang baca hahaha

Saturday, 6 September 2014 0 comments

Pulau Banggi older sisters


 
 



ni moments terakhir di banggi,selfie shoot denga kakak di rumah best sanggat sabab dekat banggi sya tenang sangat so nak balik pun terasa berat je tak sampai hati pula nak balik hostel huhu.....bun orang kata kejayaan lebih penting kan,terpaksa tahan je la :)

Monday, 25 August 2014 0 comments

Sad story


Dear diary,

   Hari ni macam suatu pengawalan bagi ku penat,lelah,sakit hati,kesedihan terpaksa ku tanggung berseorangan di sini semakin lama aku tinggal di asrama semakin banyak peristiwa pahit manis yang wajib aku hadapi.
Ya Allah,
Dugaan apa lagikah yang engkau berikan pada insan yang lemah mu ini,
Hamba tidak kuat menghadapi semua ini bersendirian.
Aku terpaksa berdikari dan belajar cara hidup sendiri tanpa diikuti dan diekori oleh orang yang ku kenal,kekadang aku terfikir,termenung dan menangis sendiri bila melihat awan,hutan dan matahari ciptaannya.aku rindu keluargaku terutamanya kampung halaman ku,yang sudah berbulan-bulan tidak ku pijakhanya allah saja yang tahu.
 
;