Pemergian Ahli Keluarga sulung

Sungguh tidak terjangka hal ini berulang kembali pada keluarga kami.  Insan yang kami sayang telah kembali ke rahmatullah, kesedihan kami hanya Allah saja yang tahu, ini lah salah satu perkara yang paling saya takut berulang dan akhirnya telah berulang.  Kejadian ini berlaku di semenanjung sebab beliau tinggal disana bersama suami dan 2 orang anaknya,hal ini terjadi selepas beliau pulang beraya kemarin iaitu 01/07/2017 (sabtu) dari rumah sebangsa kami kegayan,dalam perjalanan balik mereka anak beranak terlibat dengan kemalangan jalan raya didapati beliau telah meninggal dunia, anak perempuan beliau berumur dalam jangkauan 4 tahun telah koma manakala anak beliau yang lelaki tidak diketahui statusnya.  Susah untuk kami sekeluarga terima berita ini apabila tiba-tiba telefon mama saya berdering dengan berita yang mengejutkan.  Itu untuk kami,bagaimana pula dengan suami beliau apabila kehilangan seorang isteri yang tersayang,anak-anak pula cederah parah.
Kami sekeluarga tidak dapat pergi ke pengkebumiannya kerana terlalu jauh jarak antara sabah dan semenanjung, kami di sabah hanya mampu mengalirkan air mata dengan menahan sebak di dada.  Beliau akan dikebumikan hari ini iaitu 02/07/2017(ahad).
Yang paling saya sedih,beliau sempat meminta gambar raya kami sekeluarga,sebab hanya kami tempatnya menumpang kasih walaupun dia ada adik beradik.

Semoga beliau ditempatkan kepada orang-orang beriman.
Marilah kita sama2 sedakan Al-fatihah...
Amin...

AZSKEL ISNIRIN

I'M A QUIET AND UNSOCIAL PERSON, HOWEVER I'M VERY FRIENDLY ON SOCIAL MEDIA

Previous Post Next Post

Contact Form